


KOTA KINABALU, 19 Oktober 2022 - Sesi perjumpaan pertama bersama-sama peserta Program Inisiatif Belia Sejahtera - Reben Kuning telah diadakan bertempat di Pejabat Parol dan Perkhidmatan komuniti Daerah Pantai Barat.
Matlamat utama Program Reben Kuning ini adalah bagi memberikan peluang kedua buat bekas tahanan penjara dan bekas tahanan juvana untuk menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang serta menyediakan platform bagi membantu memperkukuhkan jati diri bekas tahanan penjara atau juvana untuk kembali ke masyarakat dan menyumbang dalam pembangunan negara.
Perjumpaan ini diketuai oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah dan turut bersama TPP Oliver Girih Jiniu, Jabatan Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan.
Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 178



























