



KOTA KINABALU 26 September 2022 - YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Ketibaan beliau telah disambut baik oleh warga Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan seterusnya beliau juga melawat perkembangan projek naik taraf dan baik bulih Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah yang bakal siap dalam tempoh terdekat.
Selesai lawatan projek tersebut, YBrs. Encik Abdullah bin Hasan telah menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga kerja JBS Sabah. Dalam amanat tersebut, beliau mengingatkan agar semua pegawai dan kakitangan bekerja secara proaktif dan efisien terutama dalam menguruskan program, perolehan dan kewangan.
Selesai amanat tersebut, beliau meneruskan lawatan rasmi beliau ke IKBN Kinarut dan pejabat PTJ Kem Wawasan Negara (KWN) Kundasang i-LEAD, Kota Kinabalu.
Terima kasih YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia atas kunjungan ke JBS (Persekutuan) Sabah.
Disediakan oleh
Bahagian Rakan Muda
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 221


















