- JBS Sabah
- Hits: 312
KEJOHANAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI/WANITA MALAYSIA SPORT LEAGUE 2022 BAHAGIAN PENDALAMAN BAWAH BEAUFORT

BEAUFORT- 20 MAC 2022 – Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort dan anjuran bersama Kelab Belia Tranformasi Kampung Melati telah mengadakan Kejohanan Pertandingan Futsal Lelaki/Wanita Malaysia Sport League 2022 Bahagian Beaufort.
Pertandingan ini berlangsung selama dua (2) hari pada 19-20 Mac 2022 bertempat di Gelanggang Futsal Pekan Beaufort. Seramai 28 pasukan bagi lelaki dan 7 pasukan bagi wanita.
Bagi para pemenang johan akan membawa balik wang tunai sebanyak seribu ringgit (RM1000),medal dan mokcek., naik johan wang tunai sebanyak tujuh ratus ringgit (RM700), medal dan mokcek serta ketiga bersama masing-masing membawa wang tunai tiga ratus ringgit (RM300), Medal dan Mokcek.
Johan bagi Futsal lelaki adalah pasukan Beaufort Cops, Naib johan Pasukan Puarang, ketiga bersama iaitu pasukan Brachakal FT dan pasukan Bajabug Ft. Manakala bagi Pasukan Futsal Wanita pula, Johan adalah pasukan Respect FT, Naib Johan Legend B, Ketiga bersama Pasukan Legend A dan Goalrush FT.
Turut hadir dalam kejohanan tersebut adalah Encik Mohd Nazirul yang mewakili pengerusi Gabungan Persatuan Belia Beaufort untuk penyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
#jbsnbersama
#pbsbbeaufort
#sabahmajujaya
Disediakan oleh,
Nurhayati binti Salleh
PBSP Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 312











