



KOTA KINABALU, 11 Oktober 2022 – Klinik Pembangunan Sukan Golf Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berlangsung hari ini di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Program pembangunan sukan baru ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penyertaan peserta di seluruh Daerah Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut hadir menyokong pembangunan sukan baharu, YBhg. Tuan Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah serta YBrs. Encik Rizuan Nizzam Nawawi, Pegawai Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 202




























