- JBS Sabah
- Hits: 214
SUKARELAWAN ANAK MUDA MALAYSIA (SATRIA) TURUN PADANG BAGI PROGRAM PASCA BENCANA DI PENAMPANG




15 Februari 2023, PENAMPANG - Seramai 28 orang sukarelawan telah turun padang dan menyumbangkan tenaga bagi program pasca bencana bertempat di SK. Kibabaig Penampang iaitu terdiri daripada 9 orang Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat, seorang Pegawai Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Pantai Barat Selatan, 2 orang Kakitangan Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Bahagian Pantai Selatan dan 16 orang sukarelawan SATRIA daripada Gabungan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan. Berikutan banjir yang telah melanda daerah Penampang dua hari yang lepas,SATRIA telah turun padang beganding bahu dengan beberapa agensi untuk melaksanakan program pembersihan di sekolah tersebut.
Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk meringankan beban dan membantu membersihkan kawasan yang terjejas oleh banjir serta menggalakkan penglibatan secara langsung aktiviti khidmat komuniti kepada masyarakat dalam kalangan anak muda. Program ini turut menjadi platform untuk memberikan pengalaman baharu kepada belia mengenai dengan program khidmat masyarakat dan kesukarelawanan.
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah selaku pengelola program ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SK Kibabaig, Penampang. Selain itu, agensi lain yang turun bersama untuk membantu membersihkan kawasan sekolah ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Penampang dan Jabatan RELA Daerah Penampang. Persatuan Ibubapa dan Guru juga tidak ketinggalan untuk menyumbangkan tenaga bagi membantu melaksanakan kerja-kerja pembersihan ini.
Diharapkan lebih ramai lagi penyertaan sukarelawan dalam apa juga program - program khidmat masyarakat bagi meningkatkan lagi budaya kesukarelawanan di negara kita.
#KBS
#JBSNBERSAMA
#TEAMJBSNSABAH
#TEAMPBSBPB
Disediakan oleh
PBSP Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 214




























