- JBS Sabah
- Hits: 185
MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KONTIJEN PARA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) NEGERI SABAH SEMPENA PARA SUKMA XX MSN 2022






Kota Kinabalu, 02 Februari 2023 – Bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) Sabah telah diadakan Majlis Penyampaian Insentif Kontijen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Sabah Sempena Para
Sukma XX MSN 2022.
Majlis ini juga meraihkan Para Atlet, Pengurus dan Jurulatih Kontijen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Sabah di atas kejayaan Juara Keseluruhan dalam Kejohanan Para SUKMA XX MSN 2022. Kontijen Negeri Sabah berjaya mengutip pingat keseluruhan 125, iaitu emas 54, Perak 36 dan gangsa 35.
Dalam ucapan YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh atlet, pengurus dan jurulatih di atas kejayaan, komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan pada Kejohanan Para Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan prestasi dipertingkatkan pada kejohanan akan datang.
Turut hadir, YB Datuk Fairuz Bin Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YBhg. Datuk Mansur Bin Hj. Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, YBhg. Tuan Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBhg. Tuan Putera Jali, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, YBhg. Tuan Osman Anganduk, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, dan YBhg. Tuan Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah.
- JBS Sabah
- Hits: 185
































