



PAPAR, 23 Oktober 2022 - Majlis Perasmian Penutupan Kem Anak Muda (KAMU) Peringkat Negeri Sabah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Armizan Mohd Ali, Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Ketua Menteri Sabah.
YBgh. Datuk Armizan bin Mohd Ali telah menyatakan hasrat kerajaan negeri utk memberi lebih fokus kepada pembangunan belia negeri. Kerjaan negeri di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Sabah juga komited menjadikan sabah sebagai negeri yg berpendapatan tinggi dengan menyasarkan peruntukan dan kutipan hasil negeri bertambah setiap tahun.
Beliau juga mengharapkan agar para belia terus bersama kerajaan untuk membangunkan negeri ini.
Turut bersama dalam majlis perasmian penutupan ini ialah YBrs. Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah, YBrs. Puan Dayang Siti Rohani Sedan, Penolong Pengarah Pencegahan, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah dan YBrs. Encik Azrul Bin Ibrahim, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR)
Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 180
























