



KENINGAU, 07 Mei 2023 – Mini pertandingan Futsal dan perlawanan Bola Sepak telah diadakan sempena Aktiviti Ambang Hari Belia Negara 2023 telah dilaksanakan bertempat di Gelanggang Futsal Airport dan juga Padang Bola Sepak Kg. Bayangan. Seramai 85 orang belia Kg. Bayangan dan Kg. Purakagis telah terlibat dalam pertandingan Futsal dan sebanyak 4 pasukan bola sepak berentap merebut hadiah perlawanan kali ini.
Turut bersama pada perlawanan Bola sepak ini Datuk Azman Ruslan Pengerusi Penaja Parti Gabungan Rakyat Sabah Dun N41 Liawan. Aktiviti yang dikelolakan oleh Kelab Belia Kg. Bayangan ini berjaya menarik minat belia setempat untuk sama-sama meraikan Hari Belia Negara yang bakal disambut pada 15 Mei 2023.
Disediakan oleh :
Muhamad Khaled Bin Januil
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 114



























