







PUTATAN, 3 Jun 2023 - Program Skills for Life Kursus Kemahiran Penyelenggaraan Penyaman Udara telah dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah melibatkan 20 orang peserta. Program ini merupakan program kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bersama Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut.
Peserta terdiri daripada belia yang berumur 15 hingga 25 tahun di mana mereka diberi pendedahan asas penjagaan penyaman udara oleh tenaga pengajar kompeten dan input tersebut dapat digunakan dalam kehidupan seharian mahu pun sebagai peluang menjana pendapatan sampingan.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Puan Zuarini binti Jumai Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, turut hadir Puan Metchella Febrynna Metha Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Disediakan oleh
Unit Pembangunan Rakan Muda
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 180




























