- JBS Sabah
- Hits: 206
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN (TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN) PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT TAHUN 2022


PAPAR, 29 Mac 2022 - Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat Encik Syivero Patrick telah membuat kunjung hormat kepada Puan Maskupah Ag Limuddin, Penolong kanan Hal Ehwal Pelajar, Sekolah Menengah Agama Islam Papar, Sabah.
Kunjung hormat ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan dengan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan (Tadarus dan khatam Al-Quran) dengan kerjasama
Sekolah berkenaan bermula pada 3 Mei 2022 sehingga Majlis Khatam Al-Quran yang dijangka akan diadakan pada 28 Mei 2022.
Hadir bersama Puan Sukarnih binti Sidik dan Encik Andy Suhardy bin Sarbini Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 206















