Papar, 19 Ogos 2023- Seramai 21 orang belia telah menyertai Program Skills for Life (SFL) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir , Papar semalam.
Program ini merupakan salah satu program di bawah Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Mahir yang dianjurkan dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut dan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Program SFL kali ini memfokuskan kemahiran Asas Pendawaian Elektrik yang dikendalikan oleh seramai 2 orang tenaga pengajar Pendawaian Elektrik Institut Kemahiran Belia Negara, Kinarut.
Turut hadir memberi sokongan kepada program ini ialah Tuan Asni bin Marjan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar (Sektor Pembangunan), Cikgu Durahman @Ramlee bin Ag Wahap, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK Majakir , En Ag Nasip bin Yunos, YDP PIBG SMK Majakir, Puan Zuarini Jumai, Pengarah IKBN Kinarut dan Puan Metchella Febrynna Metha , mewakili Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
- JBS Sabah
- Hits: 128




























