- JBS Sabah
- Hits: 85
INTERVENSI SOSIAL – DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) PERINGKAT BAHAGIAN KUDAT TAHUN 2023




KUDAT, 19 Ogos 2023 - Program Interversi Sosial, Dari Belia untuk Belia (Y2Y) telah diadakan di Dewan Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kudat. Kehadiran sebanyak 103 peserta belia yang merangkumi belia dari pelbagai akar umbi yang datang dari Luar bandar dan bandar untuk menyertai dan menyokong program ini.
Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada pengerusi atau pemimpin belia yang hadir agar belia di peringkat mereka dapat diberi perhatian agar tidak terlibat dengan jenayah, dan tidak tercicir. Semasa program ini, turut hadir penceramah dari luar iaitu :
1. AADK, Bahagian Kudat
2. Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat
3. Perkongsian Belia , En. Hajismail bin Hj Abdul Gapak
4. Kepimpinan, En. Jairuddin bin Hadjilani
5. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sabah (ROY)
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Chris (Ketua Pegawai Perhubungan P.167 Kudat)
Turut hadir bersama semasa program adalah Pn. Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Kudat serta jemputan agensi daripada Persekutuan dan Negeri, dan Pertubuhan belia.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 85
























