


KOTA KINABALU, 16 Februari 2024 – Satu taklimat kepada Pegawai Pelapor bagi pelaksanaan Program Kembara Jumpa Orang Muda (KEMBARA JOM) telah diadakan secara atas talian oleh Puan Musyrifah binti Elias, Ketua Penolong Setiausaha (DS) 3, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
15 orang pegawai di Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah terlibat dalam taklimat ini. Objektif utama pelantikan pegawai pelapor ini adalah bagi tujuan pengumpulan input semasa sesi Townhall YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam KEMBARA JOM di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Turut bersama dalam sesi taklimat ini ialah Puan Jovanna Juanis, Pegawai Unit Kepimpinan dan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah yang akan menyelaras pelaksanaan KEMBARA JOM bagi negeri Sabah.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 175

































