- JBS Sabah
- Hits: 139
LAWATAN DAN PEMANTAUAN TAPAK PROJEK CADANGAN MENAIKTARAF DAN MEMBAIK PULIH STADIUM MAJLIS PUTATAN




PUTATAN, 24 Mac 2024 - Lawatan dan Pemantauan Tapak Projek Cadangan Menaiktaraf dan Membaik Pulih Stadium Majlis Putatan telah berlangsung hari ini.
Stadium Majlis Putatan ini dijangka siap pada awal tahun 2025 yang memberi manfaat pada masyarakat setempat untuk aktiviti sukan dan riadah serta pada pelaksanaan sukan sekolah masa akan datang. Skop kerja adalah merangkumi menaiktaraf padang bola sepak, pembinaan trek larian 8 lorong,diadakan pemasangan lampu limpah, menaiktaraf dan baik pulih bangunan astaka, kerja-kerja elektrikal dan mekanikal serta kerja-kerja luar infrastruktur.
Hadir dalam lawatan dan pemantauan ini, YBrs. Encik Mohd Faez Bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan KBS, YBrs. Encik Jafni Bin Haron, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Pembangunan KBS dan YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Disediakan oleh:
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 139


































