



PUTATAN, 30 April 2024 – JBS Sabah telah mengadakan Majlis Riang Ria Aidilfitri 2024 bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Majlis Riang Ria Aidilfitri 2024 disambut meriah oleh semua warga kerja JBS Sabah yang hadir pada hari tersebut. Ianya turut dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan daripada HQ dan Pejabat Bahagian di seluruh Negeri Sabah.
Majlis tersebut juga diserikan dengan hidangan pelbagai juadah hari raya serta dendangan karaoke lagu-lagu raya oleh pegawai dan kakitangan JBS Sabah.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah. Turut hadir dalam majlis tersebut, Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, dan Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (P) Sabah.
Disediakan oleh:
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 142

































