- JBS Sabah
- Hits: 133
???????????????????????????????????
????? ?????? ???? ????? ???????? (???) ????
KUALA PENYU, 25 Mei 2024 - Pertandingan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah telah dilaksanakan di Dewan Melampai, Kuala Penyu.
Pasukan regu OSTC telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Sepak Takraw LSK Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah pada edisi kali ini. Naib johan disandang oleh PERBEKK dan tempat ketiga IM Team.
Johan dan naib johan akan mewakili Bahagian Pedalaman Bawah ke Pertandingan Sepak Takraw LSK Peringkat Negeri Sabah penghujung Julai 2024.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg. Encik Joumat bin Haji Bisnim, Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu.
Turut hadir YBrs. Encik Andy Suhardy bin Sarbini, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah dan YBrs. Encik Salleh bin Misjin, Pengerusi Persatuan Sepak Takraw ASTAKA Daerah Kuala Penyu.
- JBS Sabah
- Hits: 133
