- JBS Sabah
- Hits: 171
PROFESIONALISME KERJA BELIA
Profesionalisme Kerja Belia!
Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Siri 8 Tahun 2024 bertempat di Wilayah Persekutuan Labuan, pada 26-28 Julai 2024.
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN.
PKB merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia.
Selain Pengarah-Pengarah JBS Negeri lain, Bengkel PKB SKM-PPT Siri 8 tahun 2024 ini juga turut disertai oleh Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Cik Dk.Rahimah Pg.Hassan, Pegawai Belia dan Sukan PBSB Pantai Barat serta beberapa pegawai JBS Sabah. Peserta bengkel akan melengkapkan beberapa kriteria dan keperluan yang ditetapkan sebelum ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Mohd Hazan Dahari.
Menggerak belia, JBSN bersama.
- JBS Sabah
- Hits: 171
