PROGRAM JALAN UNTUK SIHAT (JUST) SIRI 2 PERINGKAT NEGERI SABAH
PUTATAN, 11 Ogos 2024 - Program Jalan Untuk Sihat Siri 2 telah berlangsung hari ini di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Program yang dimulakan dengan sesi senamrobik menarik minat pelbagai penyertaan dari pelbagai lapisan umur masyarakat. Penganjuran program seumpama ini bertujuan untuk menarik minat komuniti setempat di dalam penglibatan aktiviti berjalan kaki disamping dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah turut serta dalam program ini dan seterusnya menyempurnakan perasmian ringkas dan pelepasan peserta berjalan kaki di sekitar Taman Pasir Putih Putatan.
- JBS Sabah
- Hits: 120
