- JBS Sabah
- Hits: 195
KARNIVAL BELIA SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH 2023 DISAMBUT MERIAH
KOTA KINABALU, 2 Disember 2023 – Karnival Belia Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2023 disambut dengan meriah bertempat di Kinabatangan Hall 1 dan 2, Sabah International Convention Centre (SICC). Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada para belia dan pengunjung yang hadir. Antaranya adalah Pertandingan E-Sport, Cosplay Showcase, Fun Ride & Run, Futsal 3 on 3, Explorace Belia, Booth pameran kerjaya dan usahawan belia dan banyak lagi. Dalam majlis perasmian ini juga turut disampaikan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah kepada para pemenang bagi Kategori Individu Lelaki, Individu Wanita, Pertubuhan Belia dan Kategori Khas Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
Turut bersama dalam Majlis Perasmian ini ialah YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Mohd. Ariffin Bin Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan YB Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Disediakan oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 195

































