
- JBS Sabah
- Hits: 127
PERTANDINGAN HAFAZAN SEMPENA PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU TAHUN 2025
- JBS Sabah
- Hits: 127
PERTANDINGAN HAFAZAN SEMPENA PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU TAHUN 2025
TAWAU Sabah, 9 Mac 2025 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Tawau dan Masjid Al-Kauthar Tawau telah berjaya melaksanakan Pertandingan Hafazan Sempena Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2025 bertempat di Masjid A-Kauthar Tawau.
Pertandingan Hafazan peringkat bahagian Tawau ini mendapat sambutan yang amat baik dengan merekodkan penyertaan seramai 37 peserta yang terdiri dari 12 lelaki dan 25 perempuan. Johan bagi kedua-dua kategori adalah daripada Sekolah Menengah Islamiah Tawau dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM 300.00 bersama sijil iaitu Nurin Nuha binti Mohd Aziz, berusia 14 tahun dan Az-Zahazan Imtiaz Zuhairy bin Zulkarnain berumur 15 tahun. Selaku johan, mereka ini seterusnya akan mewakili Bahagian Tawau ke peringkat Negeri Sabah pada 13 Mac 2025.
Penganjuran pertandingan ini secara tidak langsung dapat menarik minat belia dalam menghidupkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian. Pertandingan ini juga membantu dalam meningkatkan penguasaan hafazan al-Quran dari aspek hukum tajwid, makhraj, fasohah, kelancaran dan alunan bacaan para peserta. Disamping itu program ini menjadi medan memupuk hubungan yang baik antara peserta yang terdiri dari daerah berlainan. Majlis penyampaian hadiah dan sijil disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan; Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor dan Ustaz Mohd Sopian bin Muhamadong. Semoga program ini mampu menambahkan lagi kecintaan kepada Al- Quran dan juga melahirkan belia Malaysia khususnya Bahagian Tawau yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi di samping dapat membina belia dari golongan huffaz Al-Quran.
Disediakan Oleh: PBSB Tawau