PROGRAM PESTA RAKAN MUDA MUDI BERLANGSUNG MERIAH
KOTA KINABALU, 7 OGOS 2024 - Program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 telah berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah.
KOTA KINABALU, 7 OGOS 2024 - Program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 telah berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah.
Pesta Rakan Muda Mudi ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi platform kepada anak muda untuk menonjolkan bakat mereka dalam bidang yang mereka minati samada dalam bidang seni, muzik, kesukanan dan keusahawanan. Terdapat 9 persembahan pelbagai genre dari anak muda sekitar Negeri Sabah telah memeriahkan program tersebut.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah dan turut dihadiri Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
- JBS Sabah
- Hits: 80