MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI SABAH
KENINGAU, 12 September 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat Matulai, Pejabat Daerah Keningau.
Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sabah akan berlangsung di Kompleks Sukan Keningau pada 12 Oktober 2024 dengan pelbagai aktiviti dan acara sukan telah disusun atur bagi pengisian Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Sabah diantaranya Larian Untuk Negara, Berjalan Ria Madani, Fun Ride, Mega Aerobik Challenge, Sukan Tradisional, Seni Mempertahankan Diri (SMD), Master Sport, pameran dan jualan peralatan sukan.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan YBhg. Encik Peter Jonu Moinjil, Pegawai Daerah Keningau.
Turut hadir YBhg. Encik Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Keningau.
Lawatan tapak program turut dilakukan pada masa tersebut bagi menentukan pelaksanaan bagi setiap aktiviti sukan yang akan dilaksanakan.
- JBS Sabah
- Hits: 104