- JBS Sabah
- Hits: 45
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH PENGGAL KE-35, SESI 2025–2026
- JBS Sabah
- Hits: 45
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH PENGGAL KE-35, SESI 2025–2026
BEAUFORT, 26 Jun 2025 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Bahagian Pedalaman Bawah bagi Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 2, Pejabat Daerah Beaufort, menghimpunkan para pemimpin belia dari daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu ,Membakut dan Menumbok bagi membincangkan pelbagai usul dan resolusi untuk memperkasa golongan belia.
Majlis ini dirasmikan oleh Ybrs Mohd Nazri Bin Ajun Pegawai Daerah Beaufort, merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Bahagian Pedalaman Bawah, , yang dalam ucapatamanya menekankan bahawa MPBN ialah platform strategik bagi para belia mengetengahkan idea, cadangan dan pandangan dalam usaha memacu pembangunan belia, khususnya di kawasan pedalaman bawah.
Antara usul yang di bawa pada sidang kali ini adalah :
➢ Mewujudkan Program Penganugerahan Belia dan Sambutan Hari Belia peringkat Daerah secara tahunan.
➢ Pengiktirafan kepada pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian awam/ swasta yang cemerlang dalam bidang kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan belia.
➢ Mewujudkan taman papan luncur (skate park) di setiap Daerah di Bahagian Pedalaman Bawah sebagai kemudahan riadah dan aktiviti sukan sihat untuk belia.
➢ Mewujudkan Kem Rekreasi dan Tapak Perkhemahan Belia di kawasan Pedalaman Bawah Beaufort bagi tujuan pembangunan sahsiah, latihan belia, dan eko-pelancongan komuniti.
➢ Program TVET jangka pendek : latihan kemahiran tanpa pengajian sepenuh masa di institusi pengajian awam
➢ Perkasa Belia OKU : Peluang Latihan dan Pekerjaan Mikro
➢ Menubuhkan persatuan Belia peringkat Daerah bagi setiap Daerah.
Pengerusi MPBN Bahagian Pedalaman Bawah, dalam ucapan penutup berkata:
"Besarlah harapan saya agar setiap usul yang dikemukakan ini dapat diselesaikan di peringkat daerah atau bahagian, manakala usul yang memerlukan perhatian di peringkat yang lebih tinggi, dikemukakan di peringkat negeri atau kebangsaan untuk mendapat perhatian sewajarnya.
Majlis ini juga dihadiri oleh wakil dari Pejabat Parlimen Dan Adun Bahagian Pedalaman Bawah, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Pertubuhan Belia di Bahagian Pedalaman Bawah.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBS Sabah