KUNJUNGAN HORMAT KE PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KALABAKAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM SKILLS FOR LIFE@PARLIMEN TAHUN 2025

KUNJUNGAN HORMAT KE PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KALABAKAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM SKILLS FOR LIFE@PARLIMEN TAHUN 2025

KUNJUNGAN HORMAT KE PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KALABAKAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM SKILLS FOR LIFE@PARLIMEN TAHUN 2025

TAWAU, 25 Jun 2025 - Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau yang diketuai oleh Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan bagi membincangkan kerjasama dalam pelaksanaan Program Skills For Life@Parlimen 2025 di Parlimen Kalabakan.

Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Encik Saripudin Nurhalim, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kalabakan yang mewakili Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan.Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam melaksanakan inisiatif yang lebih holistik dalam memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia setempat meneroka pelbagai asas kemahiran untuk mempertingkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi golongan belia.

Diskusi memberi tumpuan kepada kerjasama dari aspek latihan kemahiran asas penternakan ikan air masin yang dicadangkan pelaksanaanya di D.S Fishing melibatkan penyertaan dua puluh orang belia berumur diantara 15 hingga 30 tahun. Kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen untuk memperhebatkan usaha dalam memastikan program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

Selain itu, kunjungan ini juga menjadi medan pertukaran idea dan juga tali pengerat hubungan kerjasama dalam pelaksanaan aktiviti dan program yang berteraskan pembangunan belia dan sukan di kawasan Parlimen Kalabakan secara berterusan dari masa ke semasa.

Turut hadir Encik Darmansa bin Samsudin, Pengerusi Gabungan Belia Persatuan Bahagian Tawau. Pejabat ini mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan di atas sambutan mesra dan sokongan padu dalam usaha penganjuran program ini.

Disediakan oleh : PBSB Tawau

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search