
- JBS Sabah
- Hits: 43
KURSUS MEMBUAT KUIH FROZEN DI PARLIMEN KOTA BELUD MENARIK PENYERTAAN GOLONGAN BELIA SETEMPAT MELALUI PROGRAM RAKAN MAHIR : SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN TAHUN 2025 BAHAGIAN KUDAT
- JBS Sabah
- Hits: 43
KURSUS MEMBUAT KUIH FROZEN DI PARLIMEN KOTA BELUD MENARIK PENYERTAAN GOLONGAN BELIA SETEMPAT MELALUI PROGRAM RAKAN MAHIR : SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN TAHUN 2025
BAHAGIAN KUDAT
KOTA BELUD, 21 Jun 2025 (Sabtu) - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat dengan kerjasama Kelab Belia Maju Kg. Tempasuk 2 telah selesai melaksanakan Program
Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen Tahun 2025 Bahagian Kudat bagi kawasan Parlimen Kota Belud dengan penganjuran Kursus Membuat Kuih Frozen.
Inisiatif pelaksanaan Program Skills For Life @ Parlimen diperkenalkan bertujuan menawarkan latihan kemahiran asas kepada belia setempat menerusi kursus jangka pendek dengan menggunakan peralatan, kemudahan sedia ada dan fasiliti setempat yang mana ia secara tidak langsung membantu menangani kos sara hidup yang tinggi dihadapi oleh belia dan masyarakat kini. Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta daripada kawasan Parlimen Kota Belud yang diadakan di Dewan Arena Belia KBSS Kota Belud.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nyuk YinTseu, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat.