
- JBS Sabah
- Hits: 105
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN KENINGAU TAHUN 2025/1446H
- JBS Sabah
- Hits: 105
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN KENINGAU TAHUN 2025/1446H
KENINGAU, 11 Mac 2025 – Pertandingan hafazan sempena Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Keningau Tahun 2025/1446H telah diadakan di Masjid Al-Azhar, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Keningau dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Keningau dan SMK Agama Keningau.
Pertandingan ini adalah julung kali dianjurkan di dalam Program Rakan Muda Ramadan yang pada kebiasaannya program ini diisi dengan tadarus dan khatam Al-Quran. Penyertaan terdiri dari SMK Agama Keningau, SM Agama Negeri, SMK Gunsanad, SMK Keningau , SMK Keningau II dan Maahad Tahfiz Ibnu Sina Ar-Rahmah. Pemenang bagi peringkat bahagian akan mewakili Bahagian Keningau ke Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 13hb Mac 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Johan bagi kategori lelaki ialah adik Muhammad Aiman Raziq bin Zakri (SMK Agama Keningau) manakala johan kategori wanita pula dimenangi oleh adik Erina Nur Syahira binti Mohd Shaari (SMK Agama Keningau)
Turut hadir En. Muhamad Khaled bin Januil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan Pn. Mudiroh Ustzh Shaharoom Hasyim, Pengetua SMK Agama Keningau.
Disediakan oleh :
PBSB Keningau