
- JBS Sabah
- Hits: 149
KUNJUNG HORMAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH KEPADA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH
- JBS Sabah
- Hits: 149
KUNJUNG HORMAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH KEPADA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH
KOTA KINABALU , 20 Mac 2025 – Sesi kunjung hormat daripada jabatan dan agensi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada YBhg. Dato’ Seri Haji Rosli Bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah telah berlangsung semalam di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah telah diwakili oleh Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Rakan Muda untuk menyampaikan taklimat berhubung dengan hala tuju, pengurusan dan pentadbiran jabatan.
YBhg. Dato’ SUP berharap agar KBS terus menyerlahkan potensi dan mencungkil bakat anak-anak Sabah dalam pelbagai bidang dan meningkatkan potensi atlet Sabah setanding dengan atlet – atlet antarabangsa.
Turut hadir memberi kunjungan hormat ialah Puan Zuarini Binti Jumai, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Puan Sempini Langiton ,Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah , Puan Suzirani Binti Muamat, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Cawangan Zon Sabah dan pegawai-pegawai dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.