
SEMARAK HARI BELIA NEGARA DATANG LAGI!!!
KOTA KINABALU, 24 Mac 2025 - Mesyuarat pelaksanaan Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2025 Peringkat Bahagian telah diadakan secara dalam talian yang melibatkan 6 Pejabat Belia dan Sukan Bahagian dan dipengerusikan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Pelaksanaan Semarak HBN ini adalah untuk menyemarakkan suasana dan bahang Sambutan Hari Belia Negara di peringkat akar umbi yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2025 secara serentak di seluruh negara.
Nantikan info dan aktiviti menarik sempena Semarak HBN 2025..YAKIN BOLEH!!
Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah