
- JBS Sabah
- Hits: 111
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN KUDAT TAHUN 2025/ 1446H
- JBS Sabah
- Hits: 111
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN KUDAT TAHUN 2025/ 1446H
KUDAT, 11 Mac 2025 (Selasa) – Telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Kudat Tahun 2025/ 1446H bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Gumpa, Kudat. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Kudat dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat, JKKK Kg. Gumpa Kudat dan Jawatankuasa
Masjid Nurul Hikmah Kg. Gumpa Kudat.
Objektif pelaksanaan program ini adalah sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian. Aktiviti utama dalam pelaksanaan program ini adalah Pertandingan Hafazan bagi kategori Lelaki dan Wanita. Johan Kategori Lelaki telah dimenangi oleh adik Muhammad Faris Bin Azman manakala Johan Kategori Wanita dimenangi oleh adik Nur Hidayah Binti Khairil sekaligus akan mewakili Bahagian Kudat ke pertandingan peringkat negeri.
Antara lain pengisian program ini adalah Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Kamal Bin Sindong, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Kudat, persembahan Qasidah daripada Kumpulan Soutul Quro dan program diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa bersama peserta, guru pengiring, ibu bapa, jawatankuasa program serta jemputan dengan kehadiran sekitar 130 orang.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Verdon Bin Bahanda, Ahli Parlimen P167 Kudat. Turut hadir Tuan Malim Bin Supre, Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran) Kudat dan Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat.
Disediakan oleh : PBSP Kudat