
- JBS Sabah
- Hits: 107
TINGGI -TINGGI GUNUNG KINABALU, TINGGI LAGI SEMANGAT JUANGKU
- JBS Sabah
- Hits: 107
TINGGI -TINGGI GUNUNG KINABALU, TINGGI LAGI SEMANGAT JUANGKU
23-24 SEPTEMBER 2024, KUNDASANG - Seramai 40 orang muda telah menyertai program Eksplorasi Gunung Kinabalu di Kundasang yang telah memulakan pendakian semalam.Cuaca yang baik menyebelahi para peserta telah menaikkan lagi semangat juang peserta untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak Gunung Kinabalu pagi tadi dan selamat tiba di Timpohon Gate petang tadi.
Objektif program adalah untuk menghidupkan Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Bumi dan Rakan Aktif disamping menghargai keindahan semula jadi serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Pelepasan pendakian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah dan Puan Marina Nafi, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Negara.
Sekalung penghargaan juga kepada Decathlon Malaysia atas sokongan kepada program Eksplorasi Kinabalu dalam Gaya Hidup Rakan Bumi.