
- JBS Sabah
- Hits: 71
PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT PEDALAMAN BAWAH 2025
- JBS Sabah
- Hits: 71
PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT PEDALAMAN BAWAH 2025
BEAUFORT, 15 Mei 2025 - Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah telah berlangsung di Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bhg. Pedalaman Bawah. Seramai 456 orang peserta yang terdiri daripada belia akar umbi, pelajar sekolah dan kolej telah terlibat dalam program ini. Program ini juga telah melibatkan golongan belia istimewa dari Pusat Pemulihan dalam Komuniti sekitar bahagian Pedalaman Bawah untuk sama-sama merasai dan meraikan Hari Belia Negara pada tahun ini.
Semarak HBN 2025 dilaksanakan bagi menyebarluaskan aktiviti sambutan HBN di peringkat akar umbi khususnya di peringkat bahagian/daerah. Pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang ke arah kemeriahan sambutan HBN peringkat negeri dan kebangsaan pada tahun ini. Semarak HBN 2025 merupakan permulaan (kick off) bertujuan meraikan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan sambutan hari belia negara peringkat Negeri Sabah dan Kebangsaan pada tahun ini.
Semarak HBN 2025 memfokuskan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan potensi belia menerusi pengisisan segmen/pavilion HBN yang memfokuskan konsep “Dari Belia Untuk Belia” seperti pertandingan sukan, ujian kecergasan, persembahan busking belia, ceramah latihan dan peluang pendidikan, pameran dan taklimat agensi, platform peluang pekerjaan, derma darah, gerai usahawan belia, jualan rahmah, promosi rakan muda, promosi skuad antidadah serta pelbagai pengisian aktiviti berkaitan.
Program tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Mazlan Joehari bin Manan, Pegawai Khas kepada YAB Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Skuad Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah.
Yakin Boleh!!!
Belia Sabah Maju Jaya!!!
Oleh :
Mohd Raiful bin Madarun
PBSB Beaufort