SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN 2025

SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN 2025

TELUPID, 15 Mei 2025 – Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Sandakan ( Telupid ) 2025 telah dilaksanakan di Dewan Terbuka Tamu Tani, Telupid  anjuran  Pejabat Belia dan Sukan ( Persekutuan ) Bahagian Sandakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Telupid , Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Daerah Telupid, Majlis Daerah Telupid, Majlis Belia Sabah dan Persatuan Belia Kg.Wonod, Telupid selaku rakan strategik  pelaksanaan program. Pelbagai program  yang telah dilaksanakan iaitu Port Fit Malaysia , Port Jana Duit, Port Santai Janji Sampai, Pavilion Rakan Muda, dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.

Program ini telah menarik seramai 562 orang belia untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan, ativiti ini secara tidak langsung dapat menghimpunkan belia-belia bahagian Sandakan dalam menyertai  aktivti yang lebih berfaedah dan seterusnya dapat membantu para belia agar tidak terlibat dengan gejala negatif serta dapat membantu negara dalam arus pemodenan masa kini. Dengan Tema “Yakin Boleh “ yang menggambarkan golongan belia masa kini perlu yakin pada diri dalam menghadapi dan mendepani pelbagai cabaran pada masa kini selain dapat memberi pengetahuan dan kesedaran diterapkan dengan taklimat-taklimat dari Institut Latihan Perindustrian Sandakan dengan nama baru iaitu ADTEC JTM Kampus Sandakan, MCMC dan Perkeso Sandakan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB.Datuk Dr.Jonnybone J. Kurum, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II Negeri Sabah merangkap DUN N.47 Telupid bersama Ybhg.Tuan Muhammad Nasrul Bin Omar, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Telupid mewakili Pegawai Daerah Telupid serta Yberusaha Encik Mohd.Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Sandakan. Turut bersama dalam majlis perasmian tersebut adalah Encik James J.Kurum mewakili Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Daerah Telupid dan Encik Emmanuel Atin, Pengerusi Belia Kg.Wonod Telupid.


Oleh :
Jius Gokin
PBSB Sandakan

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 16:38:15

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search