- JBS Sabah
- Hits: 116
KEJOHANAN FUTSAL LELAKI DAN BOLA JARING WANITA MADANI RAKYAT 2025 BERLANGSUNG PENUH KEMERIAHAN
- JBS Sabah
- Hits: 116
KEJOHANAN FUTSAL LELAKI DAN BOLA JARING WANITA MADANI RAKYAT 2025 BERLANGSUNG PENUH KEMERIAHAN
TAWAU, 11 Mei 2025 – Kejohanan Futsal Lelaki dan Bola Jaring Wanita sempena Program MADANI Rakyat telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan yang tinggi pada 10 dan 11 Mei 2025. Kejohanan ini berjaya menghimpukan 24 pasukan terbaik untuk berentap merebut gelaran juara bagi acara yang dipertandingkan.
Pasukan NIIK FT dinobat selaku juara acara futsal lelaki manakala Spectra Netball Club muncul juara acara bola jaring wanita. Majlis Penyampaian Hadiah bagi acara futsal telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Zamidi bin Mohd Asri, wakil Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Yang Berusaha Encik Mohd Faidz Sanusi, wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM). Yang Berusaha Encik Fedrius Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah telah menyempurnakan penyampaian hadiah bagi acara bola jaring wanita.
Turut hadir memberi sokongan dan memeriahkan majlis ialah Yang Berusaha Encik Richard Barahim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KBS, Yang Berusaha Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau dan Encik Darmansa bin Samsuddin, Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau.
Kejohanan ini bukan sahaja mampu mencungkil bakat baharu serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif malah ianya dapat menjadi medan penghubung ikatan silaturahim dikalangan para peserta dan masyarakat.
PBSB Tawau merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau, Persatuan Belia Kampung Kongsi 8 Kabota Tawau, Spectra Netball Club dan SATRIA Tawau diatas kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini.
#KBSMALAYSIA
#JBSNEGARA
#RAKANMUDA
