
- JBS Sabah
- Hits: 45
BELIA KENINGAU DAPAT MANFAAT PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN EKONOMI (PIPE)
- JBS Sabah
- Hits: 45
BELIA KENINGAU DAPAT MANFAAT PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN EKONOMI (PIPE)
SOOK, 21 Jun 2025 - Seramai 30 orang peserta Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi (PIPE) Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2025 telah menyertai program ini dengan jayanya.
Objektif utama pelaksanaan PIPE adalah untuk meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti ekonomi serta meningkatkan keupayaan dan daya saing belia, disamping menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan belia sebagai usaha meningkatkan taraf hidup dan kemajuan serta kesejahteraan sosioekonomi.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah mewakili Pengarah JBS Sabah.
Turut bersama dalam majlis ini ialah Encik Muhamad Khaled bin Januil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Keningau dan Encik Amran Jining, Pengurus Trusmadi Farm, Sook.
Diharapkan program sebegini dapat dianjurkan pada masa datang untuk memberi manfaat kepada golongan belia di negeri ini.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBS Sabah