MESYUARAT JKPAK, JPKA, MBJ DAN JTK JBS(P) SABAH BERLANGSUNG HARI INI

MESYUARAT JKPAK, JPKA, MBJ DAN JTK JBS(P) SABAH BERLANGSUNG HARI INI

MESYUARAT JKPAK, JPKA, MBJ DAN JTK JBS(P) SABAH BERLANGSUNG HARI INI

Kota Kinabalu, 9 Julai 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Majlis Bersama Jabatan (MBJ) serta Jawatankuasa Tata Kelola (JTK) Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBS(P) Sabah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JBS(P) Sabah, Encik Apui Jan dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Encik Noorman Bin Ramlan serta wakil-wakil pegawai dari pelbagai bahagian di jabatan ini.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pengurusan dan pentadbiran jabatan serta hal ehwal kebajikan warga kerja JBS(P) Sabah. Perbincangan yang konstruktif dan kerjasama erat antara ahli mesyuarat diharap dapat terus memperkukuh tadbir urus dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan jabatan.

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search