
KUNJUNG HORMAT PBSBT KEPADA PRESIDEN MPT
Tawau, 2 Julai 2025 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau yang diketuai Pegawai Belia dan Sukan (P); Encik Mohd Faiz Ridwan Mohd Noor bersama Encik Mohamad Ali Abdul Sari telah mengadakan kunjung hormat kepada tuan Joseph Pang, Presiden Majlis Perbandaran Tawau bagi membincangkan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2025 yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2025 di Bilik Persidangan MPT.
Melalui sesi kunjung hormat ini, pelbagai perkara diulas dan diteliti bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya untuk para belia menyuarakan pandangan serta membuka peluang dan ruang lebih luas dalam agenda pembangunan belia khususnya di Bahagian Tawau.
Turut hadir Encik Darmansa bin Samsuddin; Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau dan Encik Alex Dennis, Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Disediakan oleh : PBSB Tawau.