SESI MORNING PRAYER BERSAMA TUAN PENGARAH JBS SABAH
PUTATAN, 16 Jun 2025 (Isnin) - Perancangan Program Kembara JOM antara yang dimaklumkan kepada Pengarah, En. Apui Jan, oleh Timbalan Pengarah, En. Noorman Bin Ramlan, dalam Perjumpaan antara kakitangan (Morning Prayer) Jabatan Belia dan Sukan (Sabah) yang diadakan pada 9.00 pagi di bilik mesyuarat , beliau yang juga mempengerusikan perjumpaan ini dan turut hadir Timbalan Pengarah, En. Noorman Bin Ramlan, Pen. Pengarah (Rakan Muda) Pn. Metchella Febrynna Metha dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah.
MESYUARAT JAWATANKUASA SEMPENA LAWATAN YB MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KE NEGERI SABAH
KOTA KINABALU, 13 Jun 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sempena Lawatan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke Negeri Sabah telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JBS Sabah yang dipengerusikan oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentatif program dan kelancaran aktiviti yang melibatkan kehadiran YB Menteri di beberapa tempat di sekitar Kota Kinabalu, Keningau dan Tenom.
Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah, Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan serta pegawai dan kakitangan JBS Sabah.
JBS SABAH HADIR SESI PERKONGSIAN UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
PUTATAN, 12 Jun 2025 (Khamis) - Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah telah menghadiri Sesi Perkongsian Dapatan Tinjauan Integriti Dalam Kalangan Warga Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) anjuran Unit Integriti KBS dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) secara dalam talian di Bilik Mesyuarat Utama Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Sabah hari ini seawal jam 9.00 pagi tadi.
Sesi perkongsian ini membentangkan dapatan daripada dua kajian tinjauan integriti dengan sasaran melebihi 2000 responden dari warga KBS dalam usaha meningkatkan integriti serta memastikan tadbir urus baik KBS.
Turut hadir dalam sesi ini, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Tuan Apui Jan dan Timbalan Pengarah, En. Noorman Bin Ramlan.
KINARUT, 12 Jun 2025 - Lawatan tapak ke Outward Bound Sabah (OBS) bagi persediaan Kursus Kemahiran Memimpin Peringkat Negeri Sabah 2025.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian lokasi bagi aktiviti outdoor yang merupakan salah satu daripada modul kursus ini.
Sesi lawatan tapak ini dihadiri oleh Encik Mohamad Safwan Ibrahim dan Puan Mardiana Ambo Ache, Pegawai Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah serta Puan Fanny mewakili Outward Bound Sabah.
SESI PRE-COUNCIL MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH TAHUN 2025
BEAUFORT, 11 Jun 2025 - Satu sesi Pre-Council Majlis Perundingan Belia Bahagian Pedalaman Bawah telah diadakan di Bilik Mesyuarat , Pejabat Kementerian Belia Dan Sukan Sabah,Bahagian Pedalaman Bawah sebagai persediaan ke arah persidangan penuh Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.
Sesi ini menghimpunkan wakil-wakil belia dari daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu, termasuk wakil Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah dan pemimpin pertubuhan belia tempatan.
Antara agenda utama sesi pre-council ini termasuk:
Penyelarasan dan pembentangan usul belia peringkat bahagian untuk dibawa ke persidangan penuh.
Perbincangan keutamaan pembangunan belia di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Libat urus bersama agensi sokongan dan pihak berkepentingan.
Pre –Council ini di pengerusikan Oleh Mohd. Raiful Bin Madarun, Pegawai Belia Dan Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah.Turut hadir, Pegawai Pengelola Kementerian Belia Dan Sukan Bahagian Pedalaman Bawah (Beaufort), Sipitang dan Kuala Penyu.
“Pre-council ini bukan sekadar persediaan, tetapi platform membentuk penyatuan suara dan hala tuju pembangunan belia secara kolektif di bahagian Pedalaman Bawah,” ujar beliau dalam ucapan ringkas.
Pertubuhan Belia turut mengambil kesempatan mengemukakan usul-usul penting termasuk cadangan pembinaan tapak perkhemahan belia, pewujudan Skate Park, pengiktirafan belia di peringkat akar umbi, serta program latihan keusahawanan berfokuskan belia luar bandar.
Sesi diakhiri dengan perbincangan rangka tindakan bersama serta komitmen untuk memperkukuh penyertaan belia dalam proses pembangunan komuniti dan dasar.
KOTA KINABALU, 10 Jun 2025 - Berlangsung Tayangan Skrin Besar Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia bertemu Vietnam bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Program dimeriahkan dengan sokongan semangat kehadiran penyokong hampir 500 orang, dengan keputusan perlawanan pasukan kebangsaan menang berpesta 4 jaringan gol di Stadium Nasional Bukit Jalil. Turut hadir YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan YBrs. Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan JBS Sabah.
Antara pengisian program yang turut diadakan; 1.Penlaty Shoot Out 2. Cabutan tiket bertuah
KOTA KINABALU, 10 Jun 2025 - Berlangsung Tayangan Skrin Besar Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia bertemu Vietnam bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Program dimeriahkan dengan sokongan semangat kehadiran penyokong hampir 500 orang, dengan keputusan perlawanan pasukan kebangsaan menang berpesta 4 jaringan gol di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Turut hadir YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan YBrs. Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan JBS Sabah.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
KOTA KINABALU, 4 Jun 2025 - Sesi perbincangan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sabah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Mansur Hj Asun, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah di Bilik Mesyuarat Utama, KBSS.
Penyelarasan berkaitan pelaksanaan dan ketetapan tarikh MPBN Peringkat Bahagian dan Negeri Sabah telah diputuskan dalam perbincangan ini. MPBN merupakan platform bagi mengadakan perbincangan secara konstruktif dan inklusif melibatkan pembangunan belia yang mengangkat suara dan pandangan golongan belia ke peringkat tertinggi kerajaan.
Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Puan Mary Paul, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengurusan Belia) KBSS, Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah, Puan Salmiah binti Salleh, Ketua Sekretariat MPBN Negeri Sabah dan Encik Mohd Hairul bin Awang Marhamin, Penolong Setiausaha Agung, Majlis Belia Sabah.
KOTA KINABALU, 3 Jun 2025 - Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Program Agrobelia Lestari 2025 secara dalam talian melibatkan JBS Negeri seluruh Malaysia.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada pertubuhan belia menjana ekonomi melalui pertanian atau perikanan. Setiap pertubuhan akan diberikan dana dan kursus berkaitan sebelum melaksanakan program berkenaan selama 6 bulan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Jazwin bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN.
Turut sama dalam mesyuarat ini ialah Puan Melda Ariff dan Encik Yum Maren bin Basri, Unit Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN telah mengadakan Sabah.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262