MESYUARAT KHAS UNIT PENGURUSAN SEMPENA PERSARAAN PUAN RUANAH BINTI KASSIM

MESYUARAT KHAS UNIT PENGURUSAN SEMPENA PERSARAAN PUAN RUANAH BINTI KASSIM

Mesyuarat Khas Unit Pengurusan Sempena Persaraan Puan Ruanah Binti Kassim

Putatan, 13 Ogos 2025 – Unit Pengurusan telah mengadakan mesyuarat khas di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah sempena persediaan persaraan Puan Ruanah Binti Kassim. Mesyuarat ini bukan sahaja membincangkan perkara berkaitan urusan kerja, tetapi turut menjadi kesempatan untuk menghargai sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat. Suasana mesyuarat berlangsung mesra dengan ucapan penghargaan daripada rakan sekerja, mengenang dedikasi dan komitmen tinggi yang telah diberikan oleh Puan Ruanah dalam memacu kecemerlangan unit. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua kakitangan Unit Pengurusan Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search