SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025 SIRI I

SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025 SIRI I

SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025 SIRI I 


TAWAU, 14 Ogos 2025 - Sesi Libat Urus Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 Siri I telah diadakan di Dewan Persidangan Institut Latihan Kementerian Kesihatan (Kejururawatan) Tawau.  


Sesi libat urus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan penggiat sukan, jurulatih, atlit, pegawai teknikal dan pihak berkepentingan mengenai pelaksanaan Kod Sukan Selamat bagi mewujudkan persekitaran sukan yang selamat, inklusif, bebas daripada sebarang bentuk gangguan, penderaan, diskriminasi dan salah laku.  


Program ini dihadiri oleh seramai 186 peserta yang terdiri daripada pegawai jabatan dan agensi kerajaan, wakil persatuan sukan daerah, pengerusi dan jawatankuasa tertinggi kelab sukan dan pertubuhan belia, pengurus, jurulatih, atlit SAGA serta NGO. Sesi taklimat berkaitan Kod Sukan Selamat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Raiful bin Madarun.  


Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search