FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU MERIAH DI SMK JALAN APAS

FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU MERIAH DI SMK JALAN APAS

FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU MERIAH DI SMK JALAN APAS

TAWAU, 9 Ogos 2025 – Suasana meriah menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau apabila ratusan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun berkumpul menjayakan Fiesta Rakan Muda yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan Kelab Rakan Muda Tawau.

Fiesta ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan Kawad Kaki (Rakan Mahir) pertandingan Doodle Art (Rakan Ekspresi) Pertandingan Inovasi Recycle (Rakan Inovasi), pameran Rakan Muda, pendaftaran Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA), aktiviti Kokurikulum Sekolah dan gotong-royong Madani. Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Junaidah Amir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Sektor Perancangan yang hadir mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.

Dalam ucapan perasmian, Puan Junaidah menyatakan belia adalah aset negara dan akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Justeru penganjuran Fiesta Rakan Muda ini dapat membantu dalam membentuk jati diri dan kemahiran generasi muda. Fiesta ini juga adalah bukti komitmen Kerajaan dalam memperkasa golongan belia sebagai pemimpin masa depan. Beliau turut menekankan pentingnya disiplin, kerjasama, dan semangat berinovasi dalam kalangan belia sebagai modal utama untuk kejayaan mereka di masa depan. “Melalui platform seperti ini, kita bukan sahaja dapat mengasah bakat, tetapi juga membentuk karakter dan keyakinan diri yang akan membantu belia dalam menghadapi cabaran kehidupan,”.

Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau; Encik Abd Wahid bin Abd Rahman, Pengetua SMK Jalan Apas; Encik Arbin bin Serta, Pengetua SMK Balung; serta Cik Nursayfaesyah Foo Binti Mohd Sayful, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tawau.

Disediakan oleh:PBSB Tawau

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search