KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 PERINGKAT ZON BORNEO 1 MERIAH DIHADIRI BELIA TEMPATAN

KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 PERINGKAT ZON BORNEO 1 MERIAH DIHADIRI BELIA TEMPATAN

KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 PERINGKAT ZON BORNEO 1 MERIAH DIHADIRI BELIA TEMPATAN

KOTA MARUDU, 17 Ogos 2025 – Program Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Peringkat Zon Borneo 1 berlangsung meriah dengan kehadiran ratusan anak muda dari Sabah dan WP Labuan di Padang Kg. Tagaroh, Kota Marudu.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama agensi-agensi  kerajaan negeri dan persekutuan serta NGO belia setempat  ini bertujuan mendekati golongan muda, mendengar aspirasi mereka serta memperkasa peranan mereka dalam pembangunan negara. 

Antara pengisian program termasuk penempatan peserta ke keluarga angkat di Kg. Tagaroh dan Kg. Wani Kota Marudu, sesi townhall, bengkel kemahiran dan aktiviti kesukarelawanan.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang juga merupakan peserta dalam aktiviti keluarga angkat.

Turut bersama dalam program ini ialah YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN.

 


Oleh :
Mohamad safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search