PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT TAHUN 2025

PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT TAHUN 2025

PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT TAHUN 2025.

PUTATAN, 9 Ogos 2025 – Baru-baru ini Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat melaksanakan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Tahun 2025 dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Ranau, Pejabat Pendidikan Daerah Penampang dan SMK Putatan. Program ini dilaksanakan di SMK Putatan.
Program ini adalah bertujuan untuk membina bakat dan kemahiran anak muda dalam bidang persembahan, khususnya kawad kaki (Rakan Mahir), Doodle Art (Rakan Ekspresi) dan Inovasi Recyle(Rakan Bumi). Tiga aktiviti ini telah dilaksanakan secara serentak di SMK Putatan. Penglibatan sekolah-sekolah ini adalah melalui Pejabat Pendidikan Daerah Penampang.
Seramai 155 orang telah menyertai ketiga-tiga aktiviti seperti Pertandingan Inovasi Recycle, Doodle Art dan Pertandingan kawad kaki. Bagi aktiviti Pertandigan Inovasi Recyle Johan telah menghasilkan sebuah beg tangan yang diperbuat daripada kertas surat khabar iaitu dimenangi oleh Adik Farhan Bin Sami dan Adik Dayang Wafa Wafiqah bte Muhammad Rilsahaarul dari SMK Putatan dan membawa wang tunai bernilai RM700.00 beserta sijil penghargaan. Naib Johan telah menghasilkan sebuah beg melukis dan mewarna mudah alih yang dimenangi oleh Adik Presley Judnewell daripada SMK Putatan dan membawa pulang wang bernilai RM500.00 beserta sijil penghargaan. Tempat ke-tiga telah menghasilkan Inovsai Trashfomer dari SMK Datuk Peter Majuntin dimenangi oleh Adik Fanella Gabriella dan Adik Nur Ain Nadhrah membawa wang tunai bernilai RM300.00 berserta sijil penghargaan. Tempat ke-empat menghasilkan micko mola dari SMK Putatan dimenangi oleh Adik Khairul Chathuporn dan Shariff Irfanhaddy bernilai RM200.00 beserta sijil penghargaan. Tempat Kelima menghasilkan superchier dimenangi oleh Adik Muhammad Sirhan bin Pelsikal dari SMK Putatan membawa pulang wang bernilai RM200.00 beserta sijil penghargaan. Pertandingan ini dihadiri dua orang juri iaitu Encik Fredelis bin Stephen dari SMK Tambunan dan Cik Dayang Asla Marhain Binti Mazlan dari SK Pekan Putatan.
Sementara untuk Pertandingan Doodle Art ini menerima wang tunai bernilai RM500.00 berserta sijil penghargaan dimenangi oleh Adik Mohamad Kursid dari SMK Putatan , Naib Johan menerima wang tunai bernilai RM300.00 di menangi oleh Adik Nur Kasih Amirah Binti Mainin, Tempat Ketiga menerima wang tunai RM200.00 dimenangi oleh Nurqaseh Miya Fairyscha binti Osman, Tempat ke empat menerima wang tunai RM100.00 dimenangi oleh adik Relaida Binti Abdul. Kelima dimenangi menerim awing tunai RM100.00 dimenangi oleh Adik Syanesa Natalia Bte Nazir.
Bagi Pertandingan Kawad kaki diselia sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Penampang. Antara yang terlibat dalam pertandingan tersebut terdiri daripada SMK Nangka, Tuaran, SMK Tebobon Kota Kinabalu, kor kadet Polis gabungan sekolah-sekolah daerah Penampang, SMK Kinarut, Papar, SMK Tebobon, KSM St Peter Telipok Kota Kinabalu, SK Pengeran Siti Habsah Karambunai Kota Kinabalu, Persekututan Pengakap Malaysia SK Pengkalan TLDM, Kota Kinabalu dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SK Tebobon.
Majlis Penutupan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Pantai Barat disempurnakan oleh Tuan Haji Rusmadi bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang. Turut hadir iaitu Puan Zarida binti Haji Mohd Junaidi, Pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Putatan, Puan Dayangku Rahimah Pg. Hassan, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Puan Noraininah binti Murah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Bahagian Unit Bakat Kokurikulum), Pejabat Pendidikan Daerah Penampang, Puan Faridah Binti Yanin, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah Putatan dan Dr. Mohd Nordin bin Haji Khadis, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan.

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search