8 Julai 2025, PUTRAJAYA- Yang Berusaha Puan Azura binti Abidin,Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Asean Youth Volunteer hari ini bagi membincangkan dan membentangkan persiapan akhir jawatankuasa masing-masing.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Puan Metchella Febrynna Metha,Penolong Pengarah Rakan Muda bersama Puan Noorferuzanah Jafri, Ketua Unit Pembangunan Kesukarelawanan secara atas talian mewakili Jabatan Belia dan Sukan Sabah.
Negeri Sabah bakal dikunjungi oleh delegasi dari Negara ASEAN dan Timor Leste bermula pada 13 Julai 2025 hingga 19 Julai 2025 bagi pelaksanaan khidmat komuniti.Antara pengisian sepanjang program adalah aktiviti khidmat komuniti dan lawatan institusi.
8 JULAI 2025 , PUTATAN - Telah berlangsung sesi lawatan tapak bersempena Program Realiti Televisyen Rakan Muda di fasiliti Kompleks Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Sesi lawatan diketuai oleh Cik Chan Joe Ming mewakili syarikat penerbitan Kaloz Production Sdn Bhd dan diiringi oleh Puan Siti Norwinah binti Narawi, Bahagian Pembangunan Potensi Rakan Muda dan Encik Azmiwadi bin Ali Hassan, Penolong Jurutera KOMBES, Sabah.
Warga Baharu JBS(P) Sabah - Selamat Datang En. Fekri
Kota Kinabalu, 3 Julai 2025 – Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah menerima kehadiran warga baharu iaitu Encik Fekri Bin Asmad, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N2 (TBK1) yang bertukar dari IPD Kudat.
Beliau telah melapor diri kepada Pengarah JBS(P) Sabah, Encik Apui Jan, dan akan menggantikan Encik Mohammad Ghazali Bin Mohd Tamin.
Warga JBS(P) Sabah mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Encik Fekri. Semoga terus cemerlang dalam menyumbang khidmat di jabatan ini. Disediakan oleh : Unit Pentadbiran
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA KERJA KHIDMAT KOMUNITI PERINGKAT JBS SABAH
PUTATAN, 3 JULAI 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Khidmat Komuniti Peringkat Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah di BIlik Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha En. Apui Jan , Pengarah JBS Sabah.
Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan berkenaan perjalanan program dan persiapan dari segi keperluan logistik dan kerjasama dengan agensi –agensi kerajaan yang berkaitan.
Tuan Pengarah berharap agar persiapan berjalan lancar dan semua jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BAHAGIAN SANDAKAN PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026
SANDAKAN, 2 JULAI 2025-Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Bahagian Sandakan bagi Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 telah berlangsung di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Sandakan yang menghimpunkan para pemimpin belia dari daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Telupid, Tongod dan Paitan bagi membincangkan pelbagai usul dan resolusi untuk memperkasa golongan belia bahagian Sandakan.
Majlis ini diperngerusikan oleh Ybhg Tuan Walter Kenson Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Bahagian Sandakan. Pengerusi menekankan bahawa MPBN ialah platform bagi mengadakan perbincangan secara konstruktif dan inklusif berkaitan pembangunan belia, mengangkat suara belia ke peringkat tertinggi kerajaan dan ianya juga untuk memperkasakan pembangunan belia daripada pelbagai perspektif yang memberikan impak positif kepada bahagian Sandakan.
Pengerusi MPBN Bahagian Sandakan, dalam ucapan penutup berkata:
“Besarlah harapan saya agar setiap usul yang dikemukakan pada hari ini dapat diselesaikan diperingkat bahagian, negeri dan kebangsaan untuk memperkasa pembangunan belia negara khususnya bahagian Sandakan.
Majlis ini juga dihadiri oleh Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Sandakan dan Encik Roland Henry Lindan, Pegawai Pengelola Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Sandakan selaku Setiausaha bersama MPBN sandakan serta Encik Irman Tajuddin Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Pertubuhan Belia di Bahagian Sandakan.
KOTA KINABALU, 2 Julai 2025 - Unit Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah akan melaksanakan Kursus Fertigasi Cili pada julai 2025.
Satu perbincangan telah dilakukan di antara pihak JBS Sabah bersama Puan Phillisia P. Polotung, Pegawai pertanian Penampang berkaitan pelaksanaan kursus ini.
Bersama-sama dalam perbincangan ini ialah Puan Melda Ariff dan Encik Yum Maren bin Basri, Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi, BPB, JBS Sabah.
Tawau, 2 Julai 2025 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau yang diketuai Pegawai Belia dan Sukan (P); Encik Mohd Faiz Ridwan Mohd Noor bersama Encik Mohamad Ali Abdul Sari telah mengadakan kunjung hormat kepada tuan Joseph Pang, Presiden Majlis Perbandaran Tawau bagi membincangkan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2025 yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2025 di Bilik Persidangan MPT.
Melalui sesi kunjung hormat ini, pelbagai perkara diulas dan diteliti bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya untuk para belia menyuarakan pandangan serta membuka peluang dan ruang lebih luas dalam agenda pembangunan belia khususnya di Bahagian Tawau.
Turut hadir Encik Darmansa bin Samsuddin; Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau dan Encik Alex Dennis, Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Disediakan oleh : PBSB Tawau.
JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) SABAH HADIR SEMINAR TATAKELOLA BERINTEGRITI
Kota Kinabalu, 2 Julai 2025 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Encik Apui Jan, bersama Puan Emilda Thomas telah menghadiri Seminar Tatakelola Berintegriti: Teras Reformasi Perkhidmatan Awam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Seminar anjuran INTAN Kampus Sabah ini bertujuan memperkukuh nilai integriti dan tadbir urus dalam perkhidmatan awam, dengan kehadiran lebih 800 penjawat awam dari pelbagai agensi. Antara pengisian utama ialah ceramah daripada SPRM, Jabatan Audit Negara, serta perkongsian pengalaman berkaitan isu integriti dalam sektor awam.
Penyertaan JBS (Persekutuan) Sabah mencerminkan sokongan dan komitmen jabatan terhadap agenda reformasi dan amalan kerja berintegriti.
KOTA KINABALU, 1 Julai 2025 - Sempena lawatan kerja rasmi YBhg. Puan Azuran binti Abidin, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara ke Negeri Sabah, beliau sempat meluangkan sedikit masa memziarahi Encik Faizam bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Keningau yang diuji dengan masalah kesihatan.
Ziarah ini adalah tanda sokongan kepada Encik Faizam untuk terus bersemangat berjuang melawan penyakit beliau.
Didoakan agar dipermudahkan segala urusan Encik Faizam dan diberikan kesembuhan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262