JBS (P)SABAH SERTAI KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN JBSN DI PORT DICKSON 

JBS (P) SABAH SERTAI KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN JBSN DI PORT DICKSON 

Port Dickson, 28–30 September 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan yang menghimpunkan Pengarah JBS Negeri serta Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) bagi memperkukuh kefahaman terhadap amalan terbaik dalam pengurusan perolehan.

Kursus ini menekankan aspek penting termasuk prinsip dan dasar perolehan, tanggungjawab PTJ, integriti dalam pengurusan perolehan kerajaan, kaedah perolehan kerja serta pengurusan kontrak.

Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah turut hadir melalui wakilnya, Puan Metchella Febrynna Metha dan Cik Dg. Suryati Binti Awg Ibrahim, sebagai tanda komitmen JBS(P) Sabah untuk terus menjunjung integriti, tatakelola baik serta profesionalisme dalam setiap urusan perolehan.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Puan Azura binti Abidin, yang menegaskan pentingnya pelaksanaan perolehan secara telus dan berakauntabiliti sebagai lambang kewibawaan perkhidmatan awam.

Kehadiran wakil JBS(P) Sabah ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha JBSN dalam memperkukuh amalan terbaik pengurusan perolehan demi memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search