KEM BELIA TAWAU TOLAK EKSTREMISME
TAWAU, 4 Oktober 2025 – Peserta Kem Belia @ Rakan Prihatin Bahagian Tawau menyatakan komitmen menolak sebarang bentuk ekstremisme dan keganasan.
Slot Belia Tolak Ekstremisme pada hari kedua ini telah disampaikan oleh Insp. Mohd Iqbal Usi bin Abdullah @ Anthony Usi dari Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas, IPK Sabah. bertujuan memupuk semangat perpaduan, toleransi, dan fahaman sederhana dalam kalangan generasi muda.
Para peserta juga turut mendengar perkongsian kisah kejayaan Encik Rahim Absyah Abd Wahab, Pengurus Syarikat Makanan Absyah Food Enterprise (Trusted Brand Award 2023) yang juga merupakan Johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Negeri Sabah tahun 2025. Kisah kejayaan ini dijadikan sebagai contoh dan pembakar semangat kepada peserta untuk terus berjaya dalam kehidupan.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah
