- JBS Sabah
- Hits: 15
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2025
- JBS Sabah
- Hits: 15
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2025
11 Oktober 2025, TUARAN - Lebih 3000 peserta membanjiri Padang Istiadat, Tuaran sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat 2025 pagi ini. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Mohammad Ghazali bin Hajiji, Setiausaha Politik Kepada YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mewakili Ketua Menteri Sabah.
Turut hadir YBrs. Tuan Herman Tunggiging, Pegawai Daerah Tuaran, Puan Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Bertemakan “Malaysia Aktif”, program menampilkan aktiviti ikonik Hari Sukan Negara iaitu Kayuhan Madani, Larian Madani, Berjalan Ria Madani dan pelbagai aktiviti sukan sampingan lain yang disertai oleh pelbagai peringkat umur serta lapisan masyarakat.
YBhg Tuan Mohammad Ghazali, berharap program-program sebegini dapat diteruskan dan komitmen kerajaan negeri untuk terus menggalakkan gaya hidup sihat dan perpaduan melalui sukan massa.
#hsnpantaibarat25
#HSN2025 #jbsnegara #jbssabah #kbsmalaysia #Tuaran
