- JBS Sabah
- Hits: 31
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI TINGKATKAN PROFESIONALISME KEPIMPINAN BELIA
- JBS Sabah
- Hits: 31
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI TINGKATKAN PROFESIONALISME KEPIMPINAN BELIA
KOTA KINABALU, 6 Oktober 2025 – Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Sabah bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah berjaya dianjurkan dengan jayanya melibatkan penyertaan 42 orang belia yang terlibat dalam Majlis Perwakilan Pelajar IPT sekitar Kota Kinabalu.
Program ini bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan, meningkatkan kecekapan pengurusan, serta memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan pemimpin organisasi.
Antara pengisian utama Pengenalan kepada Pengurusan Organisasi, Kemahiran Memimpin dan Komunikasi, Pengurusan Kewangan dan Perancangan Projek dan Penyediaan Kertas Kerja.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Pengarah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS).
Turut bersama dalam majlis ini ialah Puan Jovanna Juanis, Pegawai Pembangunan Kepimpinan, Unit Pembangunan Kepimpinan, JBS Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah
