- JBS Sabah
- Hits: 97
๐ด๐ฌ๐บ๐๐ผ๐จ๐น๐จ๐ป ๐ท๐ฌ๐ต๐๐ฌ๐ณ๐จ๐น๐จ๐บ๐จ๐ต ๐ท๐น๐ถ๐ฎ๐น๐จ๐ด ๐ฒ๐ฌ๐ด๐ฉ๐จ๐น๐จ ๐ฑ๐ถ๐ด 2.0 ๐๐ถ๐ต ๐ฉ๐ถ๐น๐ต๐ฌ๐ถ 1 (๐บ๐จ๐ฉ๐จ๐ฏ) 2025 ๐ฉ๐ฌ๐น๐ณ๐จ๐ต๐บ๐ผ๐ต๐ฎ ๐ณ๐จ๐ต๐ช๐จ๐น
๐ด๐ฌ๐บ๐๐ผ๐จ๐น๐จ๐ป ๐ท๐ฌ๐ต๐๐ฌ๐ณ๐จ๐น๐จ๐บ๐จ๐ต ๐ท๐น๐ถ๐ฎ๐น๐จ๐ด ๐ฒ๐ฌ๐ด๐ฉ๐จ๐น๐จ ๐ฑ๐ถ๐ด 2.0 ๐๐ถ๐ต ๐ฉ๐ถ๐น๐ต๐ฌ๐ถ 1 (๐บ๐จ๐ฉ๐จ๐ฏ) 2025 ๐ฉ๐ฌ๐น๐ณ๐จ๐ต๐บ๐ผ๐ต๐ฎ ๐ณ๐จ๐ต๐ช๐จ๐น ย ย
28 JULAI 2025, PUTRAJAYA - Mesyuarat penyelarasan bagi Program Kembara JOM 2.0 Zon Borneo 1 (Sabah) 2025 secara dalam talian telah diadakan dengan jayanya hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN bertujuan untuk menyelaras peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam memastikan kelancaran penganjuran program yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos ini.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah pemilihan lokasi strategik, pengisian aktiviti berimpak tinggi, logistik, keselamatan, dan penglibatan komuniti setempat. Program Kembara JOM 2.0 dijangka memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat luar bandar melalui pelbagai khidmat sokongan dan inisiatif pembangunan.
Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN, Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah dan Puan Tracy Tumay binti Rigar, Penolong Pengarah JBS W.P Labuan.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#jbsnsabah
- JBS Sabah
- Hits: 97
