MAJLIS PERASMIAN PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF GELANGGANG TENIS DAERAH SANDAKAN

MAJLIS PERASMIAN PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF GELANGGANG TENIS DAERAH SANDAKAN

MAJLIS PERASMIAN PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF GELANGGANG TENIS DAERAH SANDAKAN  

SANDAKAN, 23 Ogos 2025 – Gelanggang Tenis Daerah Sandakan secara rasmi telah diserahkan dalam satu majlis perasmian yang berlangsung meriah hari ini, disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.  
Dalam ucapannya, YB Menteri menekankan bahawa beliau dan kementeriannya sentiasa berusaha untuk memastikan penyediaan fasiliti dan kemudahan sukan yang sesuai, selesa dan berkualiti kepada masyarakat. Katanya, beliau berharap gelanggang ini dapat dimanfaatkan bagi
melahirkan bakat-bakat baharu sukan tenis di Sandakan.  

Majlis turut menyaksikan acara simbolik penyerahan dokumen rasmi daripada YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah kepada YBrs. Puan Chin Sook Vun, Pengarah Kewangan dan Pelaburan, Majlis Perbandaran Sandakan.  

Majlis yang diadakan di Perkarangan Tenis Daerah Sandakan tersebut turut dihadiri oleh YB Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen P.186 Sandakan. Turut hadir, YBrs. Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Encik Silvester Lawai, Presiden Persatuan Tenis Daerah Sandakan, pegawai-pegawai kanan kementerian, rakan media serta ahli persatuan yang hadir memberikan sokongan.  

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#MalaysiaMadani

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search