- JBS Sabah
- Hits: 1
PRA PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH BELANGSUNG DENGAN LANCAR
- JBS Sabah
- Hits: 1
PRA PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH BERLANGSUNG DENGAN LANCAR
2 September, KOTA KINABALU - Pra Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya hari ini, menghimpunkan pelbagai wakil pertubuhan belia dari seluruh negeri.
Pra Persidangan ini bertujuan sebagai platform persediaan sebelum Persidangan MPBN Peringkat Negeri yang akan berlansung pada 4 September 2025 selain memberi ruang kepada wakil belia menyuarakan pandangan, cadangan serta isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan belia di peringkat negeri.
Antara agenda utama yang dibincangkan adalah usul MPBN Bahagian yang akan dibawa ke peringkat negeri.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mansur Asun, Setiausaha Tetap KBSS, Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah
JBS Sabah serta pemimpin-pemimpin belia negeri.
Hasil perbincangan dan resolusi yang dicapai dalam pra persidangan ini akan dibawa ke MPBN Peringkat Negeri sebagai suara rasmi belia Sabah dalam usaha memperkasa peranan generasi muda di Malaysia.